Diucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kenalan dan pembaca blog. (lama nk ucapkan slmt bpuasa ni tp sbb tiba2 tak bleh log in.. pasword tak sah..hehehe...lupa.. jadinya hari ni baru dapat wish to all)
Semoga ramadan kali ini memberi 1000 pengertian dan semoga kita sama² dapat mengumpul lebih² pahala di bulan mulia ini. InsyaAllah untuk saham di akhirat kelak.
Banyak² bersabar, kuat kan iman.

(Umi dan dia... ni gambar lepas terawih hari pertama puasa hehehehe.. tiba² jadi muka kartun...)
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
(sumber daripada wikipedia)






